CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 4, 2009

SAYEMBARA MENULIS NOVEL SEJARAH JOHOR III & HADIAH SASTERA DARUL TA'ZIM VII 2009

Oleh Zetty Raihan M.Y

YWJ dengan sukacitanya sekali lagi melancarkan Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor III dan Hadiah Sastera Darul Ta'zim VII 2009. Kedua-dua program ini telah dilancarkan menerusi satu majlis sidang akhbar yang berlangsung pada 17 Disember 2009 bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Majlis yang diketuai oleh Pengarah YWJ, Tuan Hj. Jama Johan telah dihadiri oleh beberapa orang para media dari pelbagai syarikat.

Sayembara ini yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 telah memberikan pengiktirafan kepada novelis terkenal, Faisal Tehrani menerusi novelnya 'Surat-surat Perempuan Johor' yang berjaya merangkul tempat ketiga pada tahun 2005. Tahun lepas pula menyaksikan Mohd Kasim Mahmud mengungguli sayembara ini menerusi novelnya 'Badai Hujung Tanah' sebagai pemenang tempat kedua dan tahun ini, Negeri Johor mengalu-alukan para penulis seluruh Malaysia dan negara serumpun untuk menyertai sayembara kali yang ketiga ini.

Manakala, bagi HSDT VII pula, hadiah yang ditawarkan adalah mengikut kategori/bidang genre penulisan masing-masing. Tiga hadiah khas/utama menanti tokoh-tokoh penulis kelahiran Johor yang telah berjaya mengharumkan nama Negeri Johor dipersada kebangsaan. Bagi tujuan HSDT, semua karya mestilah ditulis oleh anak Johor.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat berhubung sayembara dan HSDT, bolehlah menghubungi Zetty Raihan di talian 07-226 3269 atau datang sendiri ke Yayasan Warisan Johor untuk mendapatkan brosur program tersebut.




Monday, February 2, 2009

Aktiviti Pusat Dokumentasi YWJ

Wawancara Tokoh : Tuan Haji Ahmad Roslan pada 7 Jan 2009



Wawancara Tokoh : Anak Pak Lomak Brig. Jen. Dato Ali Haji Musa pada 8 Jan 2009

Tuan Haji Mahmud memberi maklumat kepada Pusat Dokumentasi





Staf Bahagian Persuratan Dan Sejarah

Staf Bahagian Persuratan dan Sejarah bersama
Pengarah dan Timbalan Pengarah YWJ